Konsep salah
Kegiatan pertanian hanya berkaitan dengan kegiatan berkebun, bercucuk tanam dan perladangan.
Konsep betul
Selain kegiatan pertanian seperti berkebun, bercucuk tanam dan perladangan, aktiviti penternakan seperti menternak ayam, itik, kerbau, lembu dan binatang peliharaan lain juga tergolong dalam aktiviti pertanian.
Konsep salah
Faedah dan dividen mempunyai makna yang sama iaitu ganjaran kepada pemilik faktor modal wang kerana meminjamkannya kepada pihak lain.
Konsep betul
Faedah ialah ganjaran kepada pemilik faktor modal wang kerana sanggup memberi pinjaman kepada pihak lain untuk tujuan pelaburan. Dividen pula merupakan untung yang diterima daripada pelaburan yang telah diagihkan kepada pemegang sahamnya.
No comments:
Post a Comment