Powered By Blogger

Thursday, June 2, 2011

WANG KERTAS POLIMER

Hi everyone......pernah tak anda bandingkan wang kertas RM10 dan RM5? Tahukah anda bahan apa yang digunakan untuk mencetak kedua-dua wang tersebut?
Jawapannya - kertas untuk RM10 dan polimer untuk RM5.  Wang polimer RM5, dikeluarkan untuk edaran oleh Bank Negara Malaysia dari 26 Oktober 2004. Cuba lihat gambar di bawah.. reka bentuk, warna, ukuran dan sebahagian ciri-ciri keselamatan yang terdapat pada wang kertas RM5  adalah sama dengan yang sedia ada sebelum ini. Walau bagaimanapun, wang polimer lebih tahan lasak dan mempunyai ciri-ciri keselamatan yang unik berbanding dengan wang kertas sedia ada.
Selain itu, terdapat beberapa ciri keselamatan yang baru seperti tingkap pandang telus dengan imej tanda bayang Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, cetakan timbul angka 5 pada tingkap pandang telus, logo Bank di bahagian hadapan wang polimer dan tingkap legap (tingkap tidak telus) dengan imej logo Bank di bahagian belakang wang polimer.

Ciri-ciri keselamatan sentuh, lihat dan periksa yang mudah dikenali pada wang polimer RM5 dijelaskan dalam risalah panduan orang ramai. Wang kertas RM5 yang sedia ada kekal sah diperlakukan tetapi ia akan dikeluarkan secara berperingkat daripada edaran.

Faedah Wang Polimer :
  • Kuat dan tahan lasak berbanding dengan wang kertas
  • Tidak menyerap kekotoran atau cecair
  • Lebih bersih dan boleh dicuci serta dapat mengurangkan pembiakan bakteria
  • Lebih sukar, memakan masa dan mahal untuk dipalsukan
Kelemahan wang kertas : 
         i    mudah dikoyak
         ii   boleh digunting kecil-kecil
         iii  boleh dibakar
         iv boleh reput (mudah kotor) 

Sunday, February 6, 2011

Faktor Pengeluaran

Adalah penting dan perlu untuk murid-murid mengenali istilah ekonomi dalam Bahasa Inggeris. Ini akan membantu dan memudahkan pembelajaran kamu di peringkat universiti terutamanya jika anda mengikuti pengajian ekonomi. Kebanyakan buku ekonomi terdapat dalam Bahasa Inggeris. Jadi tambahkan pengetahuan anda dengan mempelajari istilah ekonomi dalam Bahasa Inggeris.


FACTORS OF PRODUCTION

Land, labor, capital, and entrepreneurship: These are four generally recognized factors of production. Of course, in a literal sense anything contributing to the productive process is a factor of production. However, economists seek to classify all inputs into a few broad categories, so standard usage refers to the categories themselves as factors. Before the twentieth century, only three factors making up the classical triad were recognized: land, labor, and capital. Entrepreneurship is a fairly recent addition.

factors of production - faktor pengeluaran
Land - Tanah
labor - buruh
capital - modal
entrepreneurship - usahawan 

Friday, February 4, 2011

Aliran pusingan pendapatan ekonomi dua sektor


Ekonomi dua sektor terdiri daripada sektor isi rumah (household) dan sektor firma (firms). Barang dan perkhidmatan (goods and services) yang dihasilkan dialirkan dari sektor firma ke sektor isirumah.
Aliran faktor pengeluaran (factors of production) adalah aliran tanah, buruh, modal dan usahawan dari sektor isirumah ke sektor firma.
Aliran wang ialah satu aliran pendapatan yang diterima oleh faktor pengeluaran (wages, rent, dividends and profit) dan aliran perbelanjaan (consumer expenditure) oleh isirumah. Aliran pendapatan faktor adalah dari firma ke isirumah manakala aliran perbelanjaan penggunaan adalah dari isirumah ke firma. Sila rujuk rajah aliran pusingan pendapatan dua sektor di bawah:

Wednesday, February 2, 2011

Siapakah Adam Smith?

Adam Smith (1723 -1790) merupakan seorang ahli ekonomi dari negara Scotland  yang telah menerbitkan buku berjudul 'Nature and Causes of The Wealth of Nations'. Beliau memperkenalkan sistem ekonomi moden dengan menyarankan pasaran swasta dibebaskan daripada kuasa mutlak kerajaan. Pengeluar sepatutnya bebas mengeluarkan barangan yang diperlukan oleh pengguna - iaitu amalan sistem ekonomi laissez-faire atau sistem ekonomi kapitalis.


Adam Smith - bapa ekonomi moden.



Kesilapan Pelajar

Kesilapan yang kerap dilakukan oleh pelajar ialah berkaitan dengan konsep. Berikut ialah kesilapan yang biasa dilakukan oleh pelajar:

Konsep salah 
                         Kegiatan pertanian hanya berkaitan dengan kegiatan berkebun, bercucuk tanam dan   perladangan.
Konsep betul 
                        Selain kegiatan pertanian seperti berkebun, bercucuk tanam dan  perladangan, aktiviti penternakan seperti menternak ayam, itik, kerbau, lembu dan binatang peliharaan lain juga  tergolong dalam aktiviti pertanian.


Konsep salah 
                         Faedah dan dividen mempunyai makna yang sama iaitu ganjaran kepada pemilik faktor modal                      wang kerana meminjamkannya kepada pihak lain. 
Konsep betul  
                       Faedah  ialah ganjaran kepada pemilik faktor modal wang kerana sanggup memberi  pinjaman kepada pihak lain untuk tujuan pelaburan. Dividen pula merupakan untung yang diterima daripada pelaburan yang telah diagihkan kepada pemegang sahamnya.    

Tuesday, February 1, 2011

Istilah Ekonomi

barang awam               -            public goods
faktor pengeluaran       -            factor of production
kos lepas                      -           opportunity cost
kekurangan                  -           scarcity
pilihan                          -           choice
permintaan                   -           demand
penawaran                   -           supply
penggunaan                  -           consumption
perbelanjaan                 -           expenditure    

Friday, January 28, 2011

Ekonomi Asas...MUDAH!..MUDAH!....MUDAH!

Salam sejahtera....

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua murid Tingkatan 4 yang telah berjaya memperoleh keputusan yang baik dalam PMR 2010. Kepada murid-murid yang terpilih untuk mempelajari subjek elektif Ekonomi Asas...syabas dan selamat datang. Di sini saya ingin memperkenalkan subjek Ekonomi Asas kepada murid-murid Tingkatan 4 yang baru melangkah ke alam menengah atas...tak kenal maka tak cinta.....kan?
Sebagaimana kita semua sedia maklum, mata pelajaran Ekonomi Asas adalah salah satu mata pelajaran elektif untuk Tingkatan IV dan V. Sukatan pelajaran Ekonomi Asas digubal dengan tujuan memberi murid pemahaman mengenai prinsip asas ekonomi bagi membantu mereka memahami dunia moden dan membuat keputusan yang rasional di masa depan. Adalah diharapkan, melalui mata pelajaran ini, murid dapat memahami masalah  yang berpunca daripada sumber terhad dan membuat pilihan yang rasional tentang penggunaannya. Setelah mempelajari subjek ini murid akan memahami peranan mereka sebagai pengguna dan
pengeluar yang bertanggungjawab dalam masyarakat. Mereka dapat menyedari  dan memahami masalah ekonomi, menghargai sumbangan segala sektor ekonomi  serta menyelesaikan masalah kehidupan dengan berkesan dan bertanggungjawab.

Kurikulum Ekonomi Asas bertujuan untuk membolehkan murid mencapai objektif berikut :
1. Memahami konsep dan prinsip asas ekonomi.
2. Menghubungkait konsep dan prinsip asas ekonomi dengan kehidupan seharian.
3. Mengenal pasti dan prihatin terhadap masalah dan isu ekonomi semasa.
4. Memupuk  dan mengembangkan minat serta sikap ingin tahu terhadap fenomena ekonomi.
5. Menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari supaya dapat berperanan sebagai pengguna, pengeluar, ahli masyarakat dan warganegara yang bijak, rasional dan bertanggungjawab.
6. Mengamalkan dan menghayati nilai-nilai sosial dan ekonomi serta membuat keputusan dengan bertanggungjawab untuk kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Suka saya ingatkan murid-murid.....anda akan mempelajari Ekonomi ASAS...iaitu BASIC Economics. Sesuatu yang BASIC sememangnya mudah. Kurikulum Ekonomi Asas digubal dalam bentuk yang mudah difahami oleh murid sesuai dengan umur dan kemampuan intelek mereka. Kandungan kurikulum ini dimulakan dengan pendedahan kepada murid tentang masalah ekonomi dan hubungannya dengan aktiviti-aktiviti individu,
khususnya dalam aspek-aspek pendapatan, perbelanjaan, tabungan, pinjaman dan pelaburan. Aktiviti individu ini dapat memberi pemahaman dan panduan kepada murid untuk memainkan peranannya sebagai pengguna dan pengeluar yang bijak serta bertanggungjawab.

SELAMAT BELAJAR EKONOMI ASAS. SEMOGA ANDA BERJAYA DENGAN CEMERLANG.