Powered By Blogger

Sunday, April 15, 2012

Mata wang asing


Pernahkah anda terfikir......
Apa sebabnya matawang dunia seperti dollar Amerika jatuh menjunam?  Kenapa?
  • Semakin bank negara menaikkan BLR, maka nilai  tukaran matawang RM terhadap USD akan semakin tinggi
  • Tetapi berlaku sebalik kepada negara-negara di US, Euro dan Britain yang mana bank mereka masih mengambil keputusan untuk tidak mengubah nilai BLR. Ini menyebabkan pelabur dan pedagang matawang suka sebab kadar interest lebih tinggi untuk memperolehi keuntungan dalam bentuk swap interest.
  • Bloomberg baru-baru ini melaporkan ekonomi US masih dalam keadaan lembab apabila golongan yang tidak bekerja masih kekal pada kadar 9.5%. Oleh yang demikian, matawang USD semakin melemah.
  • Kesimpulan secara ringkasnya, faktor GDP, kadar pengangguran, kadar inflasi, kadar faedah memberikan impak negatif kepada ekonomi USA.
  • Ada nak tambah berdasarkan pemerhatian anda?

Wednesday, March 7, 2012

Bagi murid-murid Tingkatan 5 Aman dan Amal.......Harap semua murid dapat menyiapkan Kerja Rumah Terancang Ekonomi Asas pada masa cuti ini......


SMK DATO’ SHAHARDIN
71900 LABU

NAMA : ………………….......             KERJA RUMAH TERANCANG                   10-18 MAC 2012
TING.5 AMAN/AMAL                            

Jawab semua soalan

1          Jadual di bawah menunjukkan permintaan pasaran dan penawaran pasaran 
            pada pelbagai tingkat harga.

Harga (RM)
Kuantiti permintaan pasaran (unit)
Kuantiti penawaran pasaran
4
50
20
8
40
30
12
30
40
16
20
50
20
10
60
Berdasarkan jadual di atas,

(a)    Lukiskan keluk permintaan pasaran dan keluk penawaran pasaran yang menunjukkan keseimbangan pasaran.
(Gunakan skala 1cm : RM2 untuk paksi harga dan 1cm : 5 unit untuk paksi kuantiti)
                                                                                                         (5 markah)

(b)   Pada harga berapakah pasaran ini mencapai keseimbangan?               (1 markah)

(c)    Terangkan keadaan pasaran pada tingkat harga:

i)                    RM 20
ii)                  RM 4                                                                                    (4 markah)

(d)   Bagaimanakah harga akan berubah jika pasaran berada pada tingkat:
i)                    harga RM20
ii)                  harga RM4
iii)                keseimbangan                                                                        (3 markah)

(e)    Berapakah kuantiti keseimbangan?                                                    (2 markah)


                                                                                                                              (6 markah)
     2.    Apakah yang dimaksudkan dengan pertukaran asing?                                        (2 markah)
     3.      Terangkan langkah yang diambil oleh Bank Pusat untuk mengawal inflasi.           (8 markah)
    

Disediakan oleh : Pn Susila Ponnusamy    SELAMAT MENJAWAB!!

Tuesday, March 6, 2012

Bank Negara Malaysia

Bank Pusat - Bank Negara Malaysia merupakan bank kerajaan dan institusi perbankan utama. Ciri utama bank pusat adalah seperti berikut:
                          1. hanya terdapat sebuah bank pusat di setiap negara
                          2. merupakan pemonopoli dalam pengeluaran mata wang negara
                          3. merupakan hak milik kerajaan pemerintah yang mengawal seluruh institusi kewangan
                              bank, institusi kewangan bukan bank dan pasaran modal.

 
       Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz
Tan Sri Zeti Akhtar Aziz merupakan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM). Perlantikan Gabenor Bank Negara Malaysia haruslah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong. Zeti, 66, telah memegang jawatan Gabenor sejak Mei 2000.Beliau telah menerima beberapa anugerah kerana prestasi nya dan telah dinamakan sebagai "Gabenor Bank Pusat Terbaik Tahun 2010" oleh penerbitan Emerging markets di Washington.

KADAR PERTUKARAN ASING

Kadar pertukaran asing merupakan harga atau nilai mata wang sesebuah negara yang dinyatakan dalam sebutan nilai wang negara lain. Misalnya, kadar pertukaran antara Amerika Syarikat dengan Malaysia ialahAS$1.00 = RM3.80. Ini bermakna satu dolar US bersamaan RM3.80.

Oleh kerana :
                      AS$1.00 = RM3.80
maka:
                      RM1.00 = 1.00
                                       3.80
                                   = AS$0.26

Ini bermakna satu ringgit Malaysia bersamaan 0.26 dolar AS. Misalnya, jika harga suatu barang di Amerika Syarikat ialah US$100, nilai barang tersebut dalam sebutan ringgit Malaysia ialah RM380 (AS$100 x RM3.80). Sebaliknya, jika harga suatu barang di Malaysia ialah RM100, nilai barang tersebut dalam sebutan dolar AS ialah AS$26 (RM100 x AS$0.26).

Tahukah anda....?
Mana-mana individu di negara ini yang melakukan urus niaga melibatkan pertukaran mata wang asing merupakan satu kesalahan di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953. Aktiviti pertukaran asing secara dalam talian atau Online Forex  - Hanya peniaga dan institusi kewangan yang dibenarkan oleh Pengawal Pertukaran Wang Asing boleh berurusan dalam pertukaran mata wang asing.