Powered By Blogger

Thursday, June 2, 2011

WANG KERTAS POLIMER

Hi everyone......pernah tak anda bandingkan wang kertas RM10 dan RM5? Tahukah anda bahan apa yang digunakan untuk mencetak kedua-dua wang tersebut?
Jawapannya - kertas untuk RM10 dan polimer untuk RM5.  Wang polimer RM5, dikeluarkan untuk edaran oleh Bank Negara Malaysia dari 26 Oktober 2004. Cuba lihat gambar di bawah.. reka bentuk, warna, ukuran dan sebahagian ciri-ciri keselamatan yang terdapat pada wang kertas RM5  adalah sama dengan yang sedia ada sebelum ini. Walau bagaimanapun, wang polimer lebih tahan lasak dan mempunyai ciri-ciri keselamatan yang unik berbanding dengan wang kertas sedia ada.
Selain itu, terdapat beberapa ciri keselamatan yang baru seperti tingkap pandang telus dengan imej tanda bayang Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, cetakan timbul angka 5 pada tingkap pandang telus, logo Bank di bahagian hadapan wang polimer dan tingkap legap (tingkap tidak telus) dengan imej logo Bank di bahagian belakang wang polimer.

Ciri-ciri keselamatan sentuh, lihat dan periksa yang mudah dikenali pada wang polimer RM5 dijelaskan dalam risalah panduan orang ramai. Wang kertas RM5 yang sedia ada kekal sah diperlakukan tetapi ia akan dikeluarkan secara berperingkat daripada edaran.

Faedah Wang Polimer :
  • Kuat dan tahan lasak berbanding dengan wang kertas
  • Tidak menyerap kekotoran atau cecair
  • Lebih bersih dan boleh dicuci serta dapat mengurangkan pembiakan bakteria
  • Lebih sukar, memakan masa dan mahal untuk dipalsukan
Kelemahan wang kertas : 
         i    mudah dikoyak
         ii   boleh digunting kecil-kecil
         iii  boleh dibakar
         iv boleh reput (mudah kotor)