Powered By Blogger

Friday, January 28, 2011

Ekonomi Asas...MUDAH!..MUDAH!....MUDAH!

Salam sejahtera....

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua murid Tingkatan 4 yang telah berjaya memperoleh keputusan yang baik dalam PMR 2010. Kepada murid-murid yang terpilih untuk mempelajari subjek elektif Ekonomi Asas...syabas dan selamat datang. Di sini saya ingin memperkenalkan subjek Ekonomi Asas kepada murid-murid Tingkatan 4 yang baru melangkah ke alam menengah atas...tak kenal maka tak cinta.....kan?
Sebagaimana kita semua sedia maklum, mata pelajaran Ekonomi Asas adalah salah satu mata pelajaran elektif untuk Tingkatan IV dan V. Sukatan pelajaran Ekonomi Asas digubal dengan tujuan memberi murid pemahaman mengenai prinsip asas ekonomi bagi membantu mereka memahami dunia moden dan membuat keputusan yang rasional di masa depan. Adalah diharapkan, melalui mata pelajaran ini, murid dapat memahami masalah  yang berpunca daripada sumber terhad dan membuat pilihan yang rasional tentang penggunaannya. Setelah mempelajari subjek ini murid akan memahami peranan mereka sebagai pengguna dan
pengeluar yang bertanggungjawab dalam masyarakat. Mereka dapat menyedari  dan memahami masalah ekonomi, menghargai sumbangan segala sektor ekonomi  serta menyelesaikan masalah kehidupan dengan berkesan dan bertanggungjawab.

Kurikulum Ekonomi Asas bertujuan untuk membolehkan murid mencapai objektif berikut :
1. Memahami konsep dan prinsip asas ekonomi.
2. Menghubungkait konsep dan prinsip asas ekonomi dengan kehidupan seharian.
3. Mengenal pasti dan prihatin terhadap masalah dan isu ekonomi semasa.
4. Memupuk  dan mengembangkan minat serta sikap ingin tahu terhadap fenomena ekonomi.
5. Menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari supaya dapat berperanan sebagai pengguna, pengeluar, ahli masyarakat dan warganegara yang bijak, rasional dan bertanggungjawab.
6. Mengamalkan dan menghayati nilai-nilai sosial dan ekonomi serta membuat keputusan dengan bertanggungjawab untuk kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Suka saya ingatkan murid-murid.....anda akan mempelajari Ekonomi ASAS...iaitu BASIC Economics. Sesuatu yang BASIC sememangnya mudah. Kurikulum Ekonomi Asas digubal dalam bentuk yang mudah difahami oleh murid sesuai dengan umur dan kemampuan intelek mereka. Kandungan kurikulum ini dimulakan dengan pendedahan kepada murid tentang masalah ekonomi dan hubungannya dengan aktiviti-aktiviti individu,
khususnya dalam aspek-aspek pendapatan, perbelanjaan, tabungan, pinjaman dan pelaburan. Aktiviti individu ini dapat memberi pemahaman dan panduan kepada murid untuk memainkan peranannya sebagai pengguna dan pengeluar yang bijak serta bertanggungjawab.

SELAMAT BELAJAR EKONOMI ASAS. SEMOGA ANDA BERJAYA DENGAN CEMERLANG.